Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja Penilaian bagi tujuan cukai taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Sebagaimana diketahui, hasil cukai taksiran adalah penyumbang utama kepada pendapatan Majlis. Sekiranya kutipan cukai taksiran gagal dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan maka ianya akan menjejaskan perjalanan pengurusan Majlis secara umum.
Selain itu, Unit Pengurusan Harta dipertanggungjawabkan untuk mengena dan mengutip sewa bagi bangunan dan premis milik MDPT.

FUNGSI JABATAN

  • Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas semua pegangan milik individu, swasta kerajaan dan badan-badan berkanun bagi tujuan Cukai Taksiran dan Sumbangan Mebantu Kadar.

  • Memastikan bil-bil Cukai Taksiran dikeluarkan ke atas semua pegangan, mengeluarkan Notis E ke atas pegangan yang mempunyai tunggakan dan seterusnya mengeluarkan Waran F (sitaan) kepada pemilik/ pembayar yang gagal menjelaskan tunggakan.
  • Menjalankan kerja-kerja Penilaian Semula bagi tujuan menyediakan suatu Senarai Nilaian yang baru dan dinilai selaras dengan Aras Nilaian Semasa.
  • Membuat pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan-bangunan baru / tambahan
  • Menyediakan Kadar Taksiran Tahunan bagi tujuan Cukai Taksiran.
  • Membuat kajian atau siasatan ke atas kawasan yang berpontensi untuk dimasukkan ke dalam kawasan Majlis serta berusaha dalam menangani masalah yang berkaitan dalam menjalankan kerja-kerja di atas.
  • Memastikan harta-harta Majlis / aset tak alih dijaga dan diselenggara dengan baik serta memantau aktiviti perniagaan penyewa.
  • Menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan keatas penyewa-penyewa yang mepunyai tunggakan sewaan melebihi 3 bulan.
  • Utama
  • Jabatan Penilaian
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 23/05/22 • Jumlah Pelawat : 21286956