Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Soalan Lazim Jabatan Kesihatan Awam dan Pekhidmatan Bandar

Pelesenan


Bagaimanakah Kaedah Memohon Lesen Perniagaan?
  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDPT atau muat turun borang tersebut di laman web MDPT di mdpt.gov.my.
  • Pemohon dikehendaki menyatakan jenis perniagaan yang hendak dijalankan di dalam borang bersama-sama dokumen lain semasa mengemukakan permohonan.
  • Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Kaunter Pelesenan bersama bayaran proses dan slip pengesahan penerimaan permohonan lesen akan dikeluarkan sebagai rujukan.
Bagaimanakah Kaedah Permohonan Lesen Penjaja?
  • Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Lesen Komposit yang boleh didapati di Kaunter Pelesenan MDPT atau muat turun borang tersebut di laman web MDPT di mdpt.gov.my.
  • Pemohon akan diberi penerangan mengenai syarat-syarat dan garis panduan permohonan lesen penjaja MDPT sebelum mengemukakan borang permohonan lesen.
  • Permohonan yang menepati kehendak dan garis panduan MDPT akan diterima setelah menjelaskan bayaran proses.
Apakah Syarat-Syarat Yang Perlu Dipatuhi Sebelum Sesuatu Papan Iklan Itu Boleh Dipasang? Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah
  • Mendapat lesen daripada MDPT terlebih dahulu.
  • Papan iklan mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
  • Iklan yang dipasang mestilah tidak mendatangkan masalah kepada orang awam dan dijamin keselamatannya.

Pembersihan


Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sampah Pukal Dan Bagaimana Orang Awam Hendak Melupuskan Sampah Itu?
  • Sampah pukal adalah sampah bukan domestik yang terdiri daripada sampah kebun, longgokkan sampah sarap, kayu-kayu, dahan, ranting, daun, rumput, kotak-kotak atau perabut lama. Perkhidmatan pemungutan sampah pukal diberi oleh kontraktor MDPT sebulan sekali mengikut jadual pembersihan kawasan. Walaubagaimanapun, sampah besar seperti perabut-perabut lama yang telah rosak boleh dimasukkan ke dalam tong RORO.
Di Manakah Maklumat Mengenai Jadual Pembersihan Kawasan Boleh Didapati ?
  • Maklumat mengenai jadual pembersihan kawasan boleh dilihat di Papan Kenyataan yang diletakkan di setiap taman dalam kawasan pentadbiran MDPT.
  • Utama
  • Informasi
  • Soalan Lazim
  • Soalan Lazim Jabatan Kesihatan Awam dan Pekhidmatan Bandar
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 18/01/22 • Jumlah Pelawat : 21286932