Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Landskap

Merupakan sebuah jabatan yang amat penting bagi pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah. Sebelum ini, Jabatan ini di bawah Jabatan Perancang dan Kejuruteraan yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Walau bagaimanapun bermula Disember 2008, Jabatan ini telah menjadi jabatan tunggal dengan seorang Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan seorang Pembantu Tadbir. Bagi memastikan perancangan dan pengindahan dapat dilaksanakan dengan berkesan di dalam Daerah Perak Tengah, pada tahun 2018, Jabatan ini diperkukuhkan lagi dengan pelantikan Pegawai Tadbir Perancang Pembangunan dan pelatikan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa.

FUNGSI JABATAN

  • Merancang dan mengawal pembangunan di peringkat tempatan bagi menentukan penggunaan tanah yang optima dengan mengambil kira factor fizikal, ekonomi dan social bagi memberikan keselesaan serta meningkatkan taraf hidup yang lebih berkualiti kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan Daerah Perak Tengah. Jabatan juga berfungsi merancang, mengawal dan memantau pembangunan landskap di dalam kawasan Daerah Perak Tengah. Ini adalah usaha Daerah Perak Tengah untuk mencapai serta merealisasikan visi kerajaan menjadikan sebuah “Negara dalam Taman” serta menjadikan pembangunan landskap yang mampan, indah da menarik mengikut Pelan Induk Landskap yang telah diluluskan oleh Jabatan Landskap Negara pada 22 Febuari 2012.

  • Utama
  • Jabatan Perancang Bandar dan Landskap
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 18/01/22 • Jumlah Pelawat : 21286932