MENU

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menerbitkan Jurnal Excellence yang mengandungi kompilasi penulisan berkaitan transformasi perkhidmatan awam yang ditawarkan oleh kerajaan, terutamanya dalam bidang pengurusan dan kerajaan digital.

Justeru itu, MAMPU dengan berbesar hati mempelawa sumbangan penulisan daripada pihak YBhg. Tan Sri Dr. untuk dimuatkan dalam Jurnal Excellence yang akan diterbitkan pada bulan November 2017. Setiap Penulisan yang diterbitkan dalam jurnal ini akan diberikan honorarium berjumlah RM600.00. Semua penulisan perlu dihasilkan mengikut format seperti yang dilampirkan di LAMPIRAN A dan dikemukan kepada MAMPU selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2017.

Maklumat Lanjut klik disini

Pegawai Dihubungi : Bahagian Perancangan Dan Komunikasi Korporat (BPKK)

1)Puan Ros Afida Binti Abu Kassim : 03-8872 7462 (afida@mampu.gov.my)

2)Puan Noor Asmah Binti Mohd Sharaffudin : 03-8892 7431 (noor_asmah@mampu.gov.my)