MENU

KENYATAAN MEDIA

MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH

ISU PENJAJA DI TITI GANTUNG

Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Perak Tengah telah membuat keputusan untuk memindahkan peniaga-peniaga jagung sedia ada ke tapak yang disediakan atas faktor keselamatan awam. Sehubungan dengan itu, semua peniaga-peniaga jagung yang berniaga di atas rizab jalan di hadapan Kompleks Pertanian Titi Gantung telah bersetuju dengan perkara ini.

Keputusan ini diambil atas beberapa faktor seperti berikut :

  • Lokasi peniaga sedia ada amat hampir dengan lampu isyarat ;
  • Pembeli akan memberhentikan kenderaan di bahu jalan ;
  • Pihak JKR juga dalam proses membina jalan susur masuk ke Kompleks Pertanian dan melibatkan pelebaran jalan raya Ipoh-Lumut di kawasan tersebut ;
  • Pihak PDRM, Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah, JKR serta Kompleks Pertanian juga tidak bersetuju dengan lokasi perniagaan tersebut .

Berdasarkan faktor-faktor di atas, aktiviti perniagaan di situ mengundang risiko yang tinggi untuk berlakunya lain-lain kemalangan yang boleh meragut nyawa pengguna jalan raya .

Majlis telah menyediakan tapak yang baru untuk peniaga berpindah ke lokasi yang lebih selamat. Tindakan sebegini perlu diambil kerana Pihak Majlis lebih mengutamakan nyawa pengguna jalan raya dan peniaga-peniaga.

 

 

Yang Dipertua

Majlis Daerah Perak Tengah

21 November 2017