MENU

PROGRAM PERAK YANG BERSIH DI DATARAN PARIT 

1.4.2017 - Lebih 1,500 warga Perak Tengah telah menyertai Program Perak Yang Bersih yang telah dijalankan oleh Majlis Daerah Perak Tengah di Dataran Parit. Ini merupakan pelaksanaan peringkat pertama di Majlis Daerah Perak Tengah selaras dengan Pelancaran Perak Yang Bersih peringkat Negeri yang telah disempurnakan oleh YAB MB pd 31/3/2017. Program yang mendapat sambutan menggalakkan ini telah menarik minat pelbagai lapisan masyarakat. Gimik pelancaran program berkenaan telah disempurnakan oleh YB Dato'  Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan.