MENU

Inovasi ASTAKA 

 

  • Inovasi ini mula diperkenalkan pada tahun 2016. Pada peringkat permulaannya idea untuk melaksanakan projek inovasi ini adalah untuk memberi pembaharuan terhadap pembinaan mini dewan serbaguna yang telah dilaksanakan sebelum ini serta menerapkan ciri-ciri pelbagai tujuan terutama bagi penduduk kawasan taman perumahan. Bagi pembinaan dewan ini telah diberi nama astaka disebabkan dewan ini dibina menggunakan konsep terbuka.
  • Bagi perlaksanakan inovasi astaka ini 2 lokasi  telah dipilih iaitu Taman Gemilang, Seri Iskandar dan Taman Changkat Lada Raya, Kg. Gajah dan Taman Desa KPMP, Kg. Gajah.
  • Maklumat Lanjut Klik Disini

 

INOVASI PENANDA ARAS

 

  • Inovasi ini mula diperkenalkan pada pertengahan tahun 2015. Pada peringkat permulaannya idea untuk melaksanakan projek inovasi ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan pokok bunga berpagar di kawasan landskap. Produk ini dicipta bagi tujuan menghadkan paras ketinggian pokok bunga berpagar bagi memudahkan pemantauan dari semasa ke semasa. Ia juga dapat menyelaraskan paras ketinggian sekata bagi setiap kawasan.
  • Idea ini telah dilihat semula untuk ditambahbaik dengan menukar tiang berkayu kepada tiang paip pvc bagi tujuan ketahanan jangka masa panjang dan boleh dipelbagaikan kegunaannya.
  • Maklumat Lanjut Klik Disini