MENU

Pelesenan

Bil

Jenis Borang

Syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan

1.

Permohonan Lesen
Komposit

 1. Salinan Memorandum dan Article Persatuan bagi Syarikat dan
Borang 49 mengikut Akta Pendaftaran Syarikat 965 ATAU Borang
A/B/D Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956 yang disahkan.

 

 2. Salinan Surat Perjanjian atau lain-lain dokumen berkaitan
penyewaan tanah dan bangunan.

 3. Salinan geran tanah atau Lesen Menduduki Sementara (T.O.L)

 

 4. Salinan Sah Sijil Kelayakan Menduduki bangunan bagi bangunan
baru

 5. 1 salinan permit bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan(jika bangunan sementara)

 

 6. 1 salinan contoh visual iklan/rekabentuk berwarna iklan (bagi
billboard/papan iklan langit yang disahkan oleh Jurutera
Awam/Struktur)

 

 7. Salinan cukai taksiran terakhir yang telah dijelaskan

 

 8. 1 salinan kad pengenalan

 

 9. 3 salinan pelan lokasi perniagaan (mengikut jenis perniagaan)

 

10. 3 salinan pelan lantai setiap jenis perniagaan

 

11. 2 keping gambar berwarna berukuran pasport

2.

Permohonan Lesen
Komposit Penjaja

 1. Salinan dokumen-dokumen berikut hendaklah dikepilkan:

  • 1 salinan kad pengenalan
  • 2 keping gambar berukuran passport
  • 1 salinan hak milik kenderaan yang digunakan (perlu disahkan)
  • 1 salinan surat tamat perkhidmatan
  • 1 salinan lakaran iklan
  • 1 salinan surat tawaran gerai

2. Pemohon yang memohon Lesen Perniagaan Pasar Malam/Harian dikehendaki mendapatkan tandatangan dan cop atau surat pengesahan daripada pihak penganjur.
3. Permohonan Lesen Gerai Tepi Jalan hendaklah mengemukakan:

  • Pelan Lakar
  • Pelan Tapak Gerai
  • 1 salinan Geran Tanah sekiranya tanah milik sendiri
  • Surat kebenaran dari tuan punya tanah
  • atau pemunya bangunan/Lesen Menduduki Sementara

3.

Permohonan
Memasang Sepanduk

 Setiap permohonan mesti memenuhi syarat-syarat berikut :-

  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap dalam 2 salinan. Kain rentang / sepanduk tidak perlu dibawa semasa permohonan.
  • Disertakan pelan kasar yang menunjukkan tapak kain rentang / sepanduk dipasang.
  • Disertakan Tajuk Visual bagi sepanduk /kain rentang tersebut.
  • Penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan untuk semua iklan samada dengan sendirinya atau bersama-sama dengan bahasa lain.
  •  Perkataan Bahasa Malaysia hendaklah lebih besar dari bahasa-bahasa lain.
  • Pemasangan sepanduk / kain rentang selain dari tempat yang dibenarkan oleh Majlis perlu mendapat kebenaran pemilik tapak /bangunan.
  • Kelulusan hanya diberi untuk tempoh 3 bulan bagi kain rentang dan 2 bulan bagi sepanduk. Pembaharuan tempoh perlu dipohon jika pemohon ingin melanjutkan tempoh pemasangan.
  • Semua sepanduk / kain rentang mestilah diturunkan oleh pemohon selepas tempoh kelulusan tamat. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemohon.
  • Majlis tidak akan bertanggungjawab atas pemasangan atau kehilangan sepanduk /kain rentang di Kerangka atau di kawasan Majlis.
  • Sebarang risiko kecederaan atau sebagainya semasa pemasangan sepanduk /kain rentang di Kerangka Majlis akan ditanggung oleh pemohon sendiri.
  • Kadar bayaran :-

 a. Sepanduk - RM15.00 setiap unit bagi tempoh 2 bulan.
b. Kain Rentang - RM20.00 setiap unit bagi tempoh 3 bulan.