MENU

  PANDUAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB)

1. Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)
PPKB akan dilaksanakan di 144 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) bagi tempoh 2006-2010. Ia merangkumi 7 projek seperti di Lampiran A

2. Golongan Sasar
Golongan sasar PPKB adalah keluarga miskin yang mempunyai pendapatan isi rumah (household income) kurang dari Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Bandar yang telah ditetapkan mengikut kawasan seperti di Lampiran B
Hanya melibatkan keluarga miskin yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja.

3. Borang Permohonan Bantuan PPKB
Pemohon PPKB akan menggunakan borang permohonan bantuan PPKB  yang telah disediakan oleh KPKT.(Borang Permohonan Bantuan PPKB)
Bahagian A wajib diisi manakala bahagian-bahagian lain diisi mengikut jenis bantuan yang dipohon.
Borang yang telah lengkap perlu dikemukakan terus kepada Majlis Daerah Perak Tengah.