4 Disember 2025 - Majlis Daerah Perak Tengah MDPT telah dinobatkan sebagai Johan Festival Koir Pihak Berkuasa Tempatan Piala YAB Menteri Besar Perak yang telah berlansung dengan meriah dan jayanya di Dewan Perbandaran Teluk Intan. Pertandingan pada tahun ini menyaksikan sebanyak 12 penyertaan daripada PBT Negeri Perak.
MDPT telah membawa pulang wang tunai RM3000 beserta trofi . Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan di atas kejayaan menganjurkan Festival Koir pada tahun ini.
Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut:
Johan: Majlis Daerah Perak Tengah
Naib Johan: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Tempat Ketiga: Majlis Daerah Tanjung Malim
Tempat Keempat: Majlis Daerah Lenggong
Tempat Kelima: Majlis Daerah Kerian (turut dinobatkan sebagai Pemenang Persembahan Terbaik)
Anugerah Penyokong Terbaik: Majlis Perbandaran Taiping
#mdpt
#ajenyehandey
#peraksejahtera2030
#koir