SERAHAN BARANGAN SUMBANGAN BANTUAN PRIHATIN BANJIR KEPADA PEGAWAI DAERAH JELEBU
26 Disember 2021 - Misi Bantuan Prihatin Banjir oleh MDPT telah selamat tiba di Jelebu. Pihak MDPT telah menyampaikan barangan hasil daripada sumbangan penduduk di daerah Perak Tengah kepada Pejabat Daerah Jelebu pada hari ini.
Penyerahan dibuat oleh Tuan YDP MDPT kepada Pegawai Daerah Jelebu di Kompleks Pentadbiran Daerah Jelebu. Hadir bersama Penolong Pegawai Daerah Jelebu, Setiausaha MDPT, pegawai dan kakitangan MDPT.
#peraktengah
#banjir2021
#bantuanprihatinbanjir