Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

OPERASI TANGKAPAN ANJING LIAR DI SEKITAR SERI ISKANDAR

Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah melaksanakan Operasi Tangkapan Anjing Liar pada 19 Ogos 2026, bermula 9.00 malam hingga 3.00 pagi, melibatkan beberapa lokasi sekitar Seri Iskandar iaitu di kawasan perumahan Lakevill Hill, Pusat Perniagaan Bandar Universiti, Taman Iskandar Perdana, Pusat Perniagaan Seri Iskandar (SIBC) dan Taman Teknologi.
Hasil operasi yang dijalankan, sebanyak 22 ekor anjing liar berjaya ditangkap.
Operasi ini merupakan usaha berterusan pihak Majlis dalam menangani isu anjing liar yang berkeliaran serta memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan komuniti sentiasa diberi perhatian.
MDPT turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang prihatin dan terus menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan kehadiran anjing liar. Kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu pihak Majlis melaksanakan tindakan pengawalan secara lebih berkesan.
MDPT komited melaksanakan tindakan berterusan demi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, bersih dan selesa untuk komuniti.

Op Anjing

Op Anjing 1

Op Anjing 2

Op Anjing 3

Op Anjing 4

Op Anjing 5

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 28/08/26 • Jumlah Pelawat : 21287068