Pasukan PBBSF MDPT telah memberi penerangan kepada YB Exco Alam Sekitar dan Teknologi Hijau tentang potensi BSF dalam kurangkan sisa ke tapak pelupusan serta pengurangan pelepasan karbon sebanyak 20.22 tan CO₂e sepanjang Fasa 2 pada Karnival Kelestarian Alam Sekitar Negeri Perak 2026 yang telah berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Arena Square Teluk Intan.
Reruai PBBSF juga menerima kunjungan ramai iaitu dari pelajar SM Sains Bagan Datoh yang mahu jadikan BSF sebagai program sains sekolah dan inovasi, sehinggalah pengunjung dari Selabak yang datang 3 kali semata-mata nak beli baja FRAS BSF!