Sisa makanan bukan lagi pengakhiran, tetapi permulaan kepada sumber baru yang bernilai.
8 Julai 2026 – Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) menerima kunjungan kerja daripada delegasi SUNWAY Medical Centre Ipoh yang diketuai oleh Tuan Che Muhammad Shamsul Najmi bagi meninjau pelaksanaan teknologi Black Soldier Fly (BSF) di Pusat Bioremediasi Black Soldier Fly (PBBSF).
Lawatan ini bukan sekadar sesi perkongsian ilmu, malah membuka ruang kepada perbincangan awal bagi menjalin kerjasama strategik dalam pengurusan sisa makanan. Pihak SUNWAY Medical Centre Ipoh turut menyatakan komitmen awal untuk membekalkan sisa makanan kepada PBBSF secara berjadual, tertakluk kepada penyelarasan teknikal dan perbincangan lanjut antara kedua-dua pihak.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama sektor kerajaan dan swasta dalam memperkukuh amalan Environmental, Social and Governance (ESG), Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta menyokong aspirasi Perak Sejahtera 2030 melalui pendekatan ekonomi kitaran.