Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Unit Teknologi Maklumat

Menyelia, menyelaras dan penyelenggaraan semua sistem komputer yang ada di Majlis disamping itu menyelenggara peralatan komputer seperti komputer peribadi, pencetak, server, modem, rangkaian dan sebaginya.

FUNGSI JABATAN

  • Menjaga dan mengawal server di MDPT dalam memastikan semua pangkalan data MDPT disimpan dalam keadaan terkawal dan selamat
  • Menyelenggara dan megawalselia sistem yang ada di Majlis sepanjang masa.
    -Mengawalselia sistem-sistem berkomputer di MDPT
    -Memastikan rangkaian internet dan capaian internet dapat beroperasi dengan sempurna.
    -Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf peralatan ICT dimana 90% daripadanya adalah dirangkaikan dengan rangkaian internet.
    -Menguruskan hal ehwal pentadbiran seperti rekod fail, pendaftaran aset inventori.

Read more: Unit Teknologi Maklumat

  • Hits: 2157

Unit Bangunan

Memastikan dan menyelaraskan semua bentuk pembangunan fizikal bagi kawasan-kawasan di dalam penguasaan Majlis Daerah Perak Tengah dan kawasan persekitaran yang mana di bawah kawalannya supaya:

FUNGSI JABATAN

  • Dibina secara teratur
  • Terancang dan seimbang menepati matlamat pembangunan Majlis
  • Mematuhi undan-undang kecil yang bersangkutan
  • Mematuhi segala polisi Majlis
  • Mempunyai tahap keselamatan yang baik, selesa untu didiami dan bersih
  • Mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang sempurna dan berkualiti

Read more: Unit Bangunan

  • Hits: 2129

Unit Undang-Undang

Bertanggungjawab mengawal selia orang awam supaya sentiasa berdisiplin dan mematuhi undang-undang agar segala aktiviti perniagaan, social dan lain-lain dijalankan dalam keadaan yang teratur dan harmoni.

FUNGSI JABATAN

  • Mengemaskini undang-undang yang terpakai bagi Majlis Daerah Perak Tengah

    Aktiviti

    a.Meyediakan draf pindaan sesuatu undang-undang kecil.
    b.Menyediakan draf gubalan sesuatu undnag-undang kecil.
  • Menguatkuasakan undang-undang (penyediaan notis)

    Aktiviti

    a.Lesen
    Menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah dari Majlis.
    Menjaja tanpa kebenaran.
    Mempamerkan / menggantungkan apa-apa iklan tanpa kebenaran.

    b.Bangunan
    Mendirikan bangunan/ strutur tanpa kebenaran Majlis.
    Ubahsuaian bangunan tanpa kebenaran.
    Merobohkan bangunan/ struktur yang tidak dibenarkan.

    c.Penguatkuasaan
    Halangan di tempat awam.
    Kacau ganggu.
    Semak-samun.

  • Memproses rayuan kompaun dalam tempoh kurang daripada tiga hari bekerja.

  • Mengambil tindakan susulan bagi kompaun tidak berbayar dan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat jabatan-jabatan lain.

    Aktiviti

    Mengambil tindakan mahkamah.
    Menjalankan pendakwaan.
    Menguruskan tindakan tuntutan sivil bagi kes tunggakan cukai taksiran

  • Menguruskan hal ehwal perundangan.

    Aktiviti

    Menguruskan hal ehwal tuntutan sivil am
    Menyediakan dokumen-dokumen perjanjian.

Read more: Unit Undang-Undang

  • Hits: 2282

Unit Audit Dalam

aziah

NORAZIAH BINTI ZAINOL

Ketua Unit Audit Dalam
  • NO 1, ARAS G,
    WISMA MDK JALAN PADANG
    34200, PARIT BUNTAR
    PERAK
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 05-7161228 ext 146

FUNGSI JABATAN

  • Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
  • Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemah, cekap dan berkesan
  • Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelenggaraan.
  • Membentang laporan audit dalam di dalam Mesyuarat JKPA
  • Melaporkan kepada YDP hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
  • Menyediakan rancangan tahunan dan laporan tahunan audit dalam untuk kelulusan YDP.

Read more: Unit Audit Dalam

  • Hits: 2109

Unit Pusat Setempat (OSC)

Menyelaraskan permohonan Kebenaran Merancang, permohonan Pelan Bangunan, permohonan Pelan Kejuruteraan dan membuat perakuan kepada permohonan pembangunan tanah.

FUNGSI JABATAN

  • Memproses dan menyelaraskan permohonan
    -Kebenaran Merancang
    -Pelan Bangunan
    -Pelan Jalan dan Parit
    -Pelan Kerja Tanah
    -Pecah Sempadan dan Ubah Syarat (Sek 124A KTN)
    -Penyerahan Balik dan Beri Milikan Semula ( Sek 204D KTN)
  • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa OSC
    -Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan 2 kali dalam sebulan
  • Memaklumkan keputusan kepada pemohon
  • Membuat perakuan permohoan kepada Pejabat Tanah
  • Menyediakan Laporan Status Permohonan

Read more: Unit Pusat Setempat (OSC)

  • Hits: 3189

Bahagian Sewaan

aizam

MOHAMAD AMIRUL AIZAM BIN JAAFAR

Ketua Unit Bahagian Sewaan
  • NO 1, ARAS 1,
    WISMA MDK JALAN PADANG
    34200, PARIT BUNTAR
    PERAK
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 05-7161228 ext 133

FUNGSI JABATAN

  • Menguruskan permohonan harta sewaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
  • Melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan terhadap harta-harta sewaan supaya berada dalam keadaan baik dan tiada pelanggaran syarat / perjanjian sewaan harta berlaku.
  • Memastikan kutipan sewaan dan tunggakan dikutip bagi peningkatan hasil bukan cukai.

Read more: Bahagian Sewaan

  • Hits: 1733

Unit Perhubungan Awam Dan Hal Ehwal Komuniti

Adalah unit yang menjadi perhubungan antara jabatan dan masyarakat.

FUNGSI JABATAN

  • Menerima setiap aduan daripada orang ramai dna membantu menyelesaikan aduan tersebut.
  • Memberikan maklumat yang betul dan berguna kepada masyarakat yang berkaitan dengan jabatan
  • Menjaga imej jabatan dan meningkatkan lagi dari masa ke semasa.
  • Menjaga kualiti perkhidmatan da penyampaian jabatan yang diberikan.

Read more: Unit Perhubungan Awam Dan Hal Ehwal Komuniti

  • Hits: 2100

Jabatan Penguatkuasaan

Ditubuhkan bagi menguatkuasakan undang-undang agar dapat dipatuhi oleh orang awam. Undang –undang yang digunapakai bagi tindakan penguatkuasaan adalah seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Undang-undang Kecil Majlis Daerah Perak Tengah dan perintah-perintah berkaitan.

FUNGSI JABATAN

  • Penyeliaan dan pengawasan haiwan merayau.
  • Penyeliaan dan penguatkuasaan di Pasar Harian, Sehari dan Malam.
  • Penyiasatan dan penguatkuasaan aduan awam dan kacau ganggu
  • Penyeliaan dan pengawalan kebersihan awam (semak samun)
  • Pengawasan dan penguatkuasaan halangan tempat awam.
  • Mengambil tindakan susulan bagi kompaun tidak bayar.
  • Memberikan khidmat sokongan pelbagai jabatan MDPT berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang

Read more: Jabatan Penguatkuasaan

  • Hits: 2770

Jabatan Pelesenan

zila

NORAZILLA BINTI MAHAT

Ketua Jabatan Pelesenan

  • NO 1, ARAS G,
    WISMA MDK JALAN PADANG
    34200, PARIT BUNTAR
    PERAK
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 05-7161228 ext 125

FUNGSI JABATAN

  • Memproses pembaharuan lesen dan pemeriksaan pematuhan syarat-syarat pembaharuan lesen perniagaan.
  • Bertangungjawab memantau dan memberi kelulusan kepada permohonan papan tanda tunjuk arah, papan tanda billboard dan iklan tunjuk langit.
  • Bertanggung jawab memberi ulasan dan sokongan terhadap permohonan lesen minuman keras, barang lusuh, tadika, taska, snooker serta aktiviti perjudian (sports toto/empat nombor ekor dan lain-lain).
  • Bertanggung jawab dalam bidang penguatkuasaan tempat letak kereta berbayar kerana ini dapat mengurangkan kesesakan, mewujudkan peraturan serta mengelakkan penyalahgunaan tempat letak kereta.

  • Menyediakan data-data kenderaan yang tidak menjelaskan kompaun dan dikemukakan kepada JPJ untuk mendapatkan maklumat.

  • Memproses ulasan kepada agensi-agensi kerajaan mengikut jenis lesen yang tertentu.

Read more: Jabatan Pelesenan

  • Hits: 2167

Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran

Bagi memastikan tahap kesihatan penduduk sentiasa berada di tahap yang baik, kerjasama erat sentiasa dipupuk antara MDPT, Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah serta Jabatan Veterinar Negeri Perak. Tugasan pencegahan dan kawalan kesihatan dilaksanakan di kawasan perumahan serta di kawasan komersil.

FUNGSI JABATAN

  • Mengurus dan mengawal selia kerja-kerja pekhidmatan perbandaran seperti pemungutan dan pelupusan sisa pepejal, pembersihan longkang, pemotongan rumput dan pembersihan tandas awam.

  • Melaksanakan pemantauan kesihatan persekitaran seperti penyakit berjangkit dan penyakit bawaan vector
  • Menyelaras aktiviti kawalan alam sekitar dalam bentuk penguatkuasaan dan kempen-kempen kesedaran awam.
  • Memproses semua jenis lessen tred perniagaan dan iklan mengikut Undang-undang Kecil Majlis Daerah Perak Tengah.
  • Menguatkuasakan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Read more: Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran

  • Hits: 2521

Jabatan Bangunan

ibrahim

IBRAHIM BIN OSMAN

Ketua Jabatan Bangunan

  • NO 1, ARAS 1,
    WISMA MDK JALAN PADANG
    34200, PARIT BUNTAR
    PERAK
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • 05-7161228 ext 109

FUNGSI JABATAN

  • Memberi ulasan dan memproses permohonan yang berkaitan dengan bangunan
  • Memberi ulasan terhadap Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan sijil Layak Menduduki (Jika Ada)
  • Menyiasat dan mengambil tindakan yang bersesuaian berkaitan aduan di Jabatan Bangunan.
  • Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang berkaitan dengan bangunan selaras dengan akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Garispanduan yang diterimapakai

  • Lain-lain perkhidmatan yang diperuntukkan dibawah Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Read more: Jabatan Bangunan

  • Hits: 2772

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Jabatan yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja Penilaian bagi tujuan cukai taksiran dan Sumbangan Membantu Kadar (SMK). Sebagaimana diketahui, hasil cukai taksiran adalah penyumbang utama kepada pendapatan Majlis. Sekiranya kutipan cukai taksiran gagal dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan maka ianya akan menjejaskan perjalanan pengurusan Majlis secara umum.
Selain itu, Unit Pengurusan Harta dipertanggungjawabkan untuk mengena dan mengutip sewa bagi bangunan dan premis milik MDPT.

FUNGSI JABATAN

  • Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas semua pegangan milik individu, swasta kerajaan dan badan-badan berkanun bagi tujuan Cukai Taksiran dan Sumbangan Mebantu Kadar.

  • Memastikan bil-bil Cukai Taksiran dikeluarkan ke atas semua pegangan, mengeluarkan Notis E ke atas pegangan yang mempunyai tunggakan dan seterusnya mengeluarkan Waran F (sitaan) kepada pemilik/ pembayar yang gagal menjelaskan tunggakan.
  • Menjalankan kerja-kerja Penilaian Semula bagi tujuan menyediakan suatu Senarai Nilaian yang baru dan dinilai selaras dengan Aras Nilaian Semasa.
  • Membuat pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan-bangunan baru / tambahan
  • Menyediakan Kadar Taksiran Tahunan bagi tujuan Cukai Taksiran.
  • Membuat kajian atau siasatan ke atas kawasan yang berpontensi untuk dimasukkan ke dalam kawasan Majlis serta berusaha dalam menangani masalah yang berkaitan dalam menjalankan kerja-kerja di atas.
  • Memastikan harta-harta Majlis / aset tak alih dijaga dan diselenggara dengan baik serta memantau aktiviti perniagaan penyewa.
  • Menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan keatas penyewa-penyewa yang mepunyai tunggakan sewaan melebihi 3 bulan.

Read more: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

  • Hits: 3344

Jabatan Kejuruteraan dan Penyelengaraan

Merupakan salah satu daripada Jabatan yang terpenting di pentadbiran ini. Tanggungjawab dan peranan Jabatan ini bertambah penting dengan wujudnya pertambahan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Perak Tengah seperti di Seri Iskandar, Parit, Bota, Titi Gantung dan Kampong Gajah. Jabatan ini mula di tubuhkan sejak tahun 1998. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Unit Perancang dan Bangunan sahaja

FUNGSI JABATAN

  • Memastikan semua pembangunan yang dilaksanakan mengikut dasar-dasar semasa yang ditetapkan oleh Kerajaan.

  • Merancang dan melaksanakan semua projek pembangunan di kawasan Majlis untuk kesejahteraan dan pembangunan sosio-ekonomi penduduk tempatan. Diantara projek pembangunan yang dilaksanakan ialah:

    a.Infrastruktur ( Jalan, longkang, lampu jalan)
    b.Sosio-ekonomi ( Pasar, Gerai, Kompleks Niaga, Bengkel)
    c.Kemudahan Sosial (Stesen Bas, Kemudahan Rekreasi, Alat permainan)
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan ke atas premis-premis milik Majlis serta infrastruktur dan kelengkapan kemudahan awam.
  • Mendaftar dan merekod semua jalan-jalan bari di kawasan Majlis untuk dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya bagi mendapatkan peruntukan MARRIS ( Geran Senggaraan Jalan)
  • Memberi ulasan dan menyediakan laporan untuk kelulusan bagi permohonan Pelan Keja Tanah/ Pelan Jalan dna Perparitan kepada Jabatan Pusat Setempat (OSC) Majlis Daerah Perak Tengah

Read more: Jabatan Kejuruteraan dan Penyelengaraan

  • Hits: 2588

Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Landskap

Merupakan sebuah jabatan yang amat penting bagi pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah. Sebelum ini, Jabatan ini di bawah Jabatan Perancang dan Kejuruteraan yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Walau bagaimanapun bermula Disember 2008, Jabatan ini telah menjadi jabatan tunggal dengan seorang Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan seorang Pembantu Tadbir. Bagi memastikan perancangan dan pengindahan dapat dilaksanakan dengan berkesan di dalam Daerah Perak Tengah, pada tahun 2018, Jabatan ini diperkukuhkan lagi dengan pelantikan Pegawai Tadbir Perancang Pembangunan dan pelatikan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa.

FUNGSI JABATAN

Merancang dan mengawal pembangunan di peringkat tempatan bagi menentukan penggunaan tanah yang optima dengan mengambil kira factor fizikal, ekonomi dan social bagi memberikan keselesaan serta meningkatkan taraf hidup yang lebih berkualiti kepada penduduk-penduduk di dalam kawasan Daerah Perak Tengah. Jabatan juga berfungsi merancang, mengawal dan memantau pembangunan landskap di dalam kawasan Daerah Perak Tengah. Ini adalah usaha Daerah Perak Tengah untuk mencapai serta merealisasikan visi kerajaan menjadikan sebuah “Negara dalam Taman” serta menjadikan pembangunan landskap yang mampan, indah da menarik mengikut Pelan Induk Landskap yang telah diluluskan oleh Jabatan Landskap Negara pada 22 Febuari 2012.

Read more: Jabatan Perancangan Pembangunan dan Unit Landskap

  • Hits: 2835

Jabatan Perbendaharaan dan Unit Letak Kereta

Jabatan yang bertanggungjawab bagi segala urusan kewangan dan perakaunan Majlis Daerah Perak Tengah yang meliputi aspek kutipan hasil, perbelanjaan, belanjawan dan perakauan. Menguruskan kewangan Majlis dan bertanggungjawab memastikan semua kutipan hasil dan perbelanjaan Majlis direkodkan serta dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan berdasarkan Arahan Perbendaharaan, Akta Acara Kewangan.

FUNGSI JABATAN

  • Melaksanakan kutipan hasil dan pembayaran serta mengakaunkan hasil dan perbelanjaan mengikut peraturan kewangan dan perakaunan.

  • Menyelenggarakan akaun dan rekod dengan lengkap dan kemaskini bagi pengurusan kewangan dan tujuan pengauditan.
  • Melaksanakan Sistem Epbt, Sistem Aset dan Sistem Pengurusan Stok.
  • Menguruskan penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan.
  • Menguruskan Penyediaan Penyata Kewangan Tahunan.
  • Menguruskan proses perolehan pembelian bekalan
  • Menguruskan pengurusan aset dan inventori Majlis meliputi pendaftaran, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan kehilangan

Unit Letak Kereta

Unit yang bertanggungjawab untuk mengendalikan dan menguruskan tempat meletak kereta dalam kawasan Bandar Seri Iskandar, Majlis Daerah Perak Tengah.
  • Memastikan perkhidmatan letak kereta di Bandar Seri Iskandar tersusun dan memenuhi keperluan pelanggan.
  • Memudahkan orang ramai meletak kenderaan secara tersusun untuk mewujudkan keselesaan dan kemudahan orang ramai.
  • Mewujudkan persekitaran Bandar Seri Iskandar yang tersusun, terancang melalui perkhidmatan letak kereta yang bersistemetik, cekap dan efektif agar tidak mengganggu lalulintas.

Read more: Jabatan Perbendaharaan dan Unit Letak Kereta

  • Hits: 2390

Jabatan Khidmat Pengurusan Dan Penguatkuasaan

Merupakan teras pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti di antara jabatan-jabatan daripada segi pentadbiran dan perkhidmatan untuk mencapai objektif Majlis Daerah Perak Tengah

FUNGSI JABATAN

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  • Menguruskan penilaian pegawai menerusi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Kenaikan Pangkat dan pemangkuan serta urusan penganugerahan.

  • Menguruskan hal tatatertib dan pengisytiharaan harta pegawai.
  • Menguruskan program kualiti, program keutuhan dan integrity dalam meningkatkan kompetensi dan keupayaan pegawai dan organisasi.
  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan.
  • Menyelaras dan menguruskan rekod / data perjawatan jabatan termasuk pengkalan data sistem maklumat pengurusan personal berdasarkan pelaksanaan HRMIS oleh JPA

Bahagian Pentadbiran Am

  • Urusetia kepada mesyuarat Majlis dan Pengurusan
  • Menguruskan sistem fail
  • Menguruskan insuran kenderaan, harta benda dan tanggungannya
  • Menguruskan surat menyurat
  • Menguruskan kemudahan dan peralatan kakitangan

Read more: Jabatan Khidmat Pengurusan Dan Penguatkuasaan

  • Hits: 2800

Sewaan Pusat Sukan Dan Rekreasi

BIL JENIS SUKAN LOKASI JAM KADAR/SEWAAN
1 Badminton (Minimum 2 Gelanggang) Dewan Merdeka, Parit Buntar 1 RM 20
Dewan Pasar Awam, Bagan Serai 1 RM 20
Dewan Batu Lima 1 RM 20
Dewan Taman Kerian Permai 1 RM 20

*Tambahan sebanyak RM13.00 bagi elaun Penjaga Dewan

DEPOSIT:

Pembayaran dibuat di Kaunter Bayaran Majlis Daerah Kerian.

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI

  • JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
    MAJLIS DAERAH KERIAN
    NO.1 WISMA MDK
    JALAN PADANG
    34200 PARIT BUNTAR
    PERAK DARUL RIDZUAN

  • TEL : 05-7161228

  • FAX : 05-7169268

Read more: Sewaan Pusat Sukan Dan Rekreasi

  • Hits: 5677

Kaunter MDPT

KAUNTER EKSPRES DI MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH

Berkonsepkan ‘One Stop Center’ di mana urusan penting yang melibatkan orang awam dapat diselesaikan di kaunter ini.Telah mula beroperasi bermula 1 April 2010.Merupakan PBT pertama di Perak yang memperkenalkan perkhidmatan ini.Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:-

  • Mengedar dan Menerima Borang Permohonan Jawatan Kosong

  • Permohonan Pindah Milik
  • Permohonan Tukar Alamat
  • Semak dan Cetak Bil Cukai Taksiran
  • Semak dan Cetak Bil Sewaan
  • Kebenaran Mengorek Jalan
  • Permohonan Permit Sementara
  • Menerima Permohonan Lesen Pekan Sehari/Komposit & Penjaja
  • Semak dan Cetak Bil Lesen
  • Permohonan Menaikkan Banner & Bunting
  • Proses Pemabaharuan Lesen
  • Sewa Dewan, Padang, Kerusi, Meja dan Khemah
  • Mengemukakan Aduan sebagai contoh :-
  • Perkhidmatan Perbandaran berkenaan sampah, longkang, semak samun
  • Aduan Mengenai Kerosakan dan Kemusnahan
  • Meletak kenderaan yang menghalang lalulintas
  • Kacau ganggu serangga yang membawa penyakit
  • Kacau ganggu yang berkaitan masalah bau, bunyi dan perkara yang membahayakan kesihatan.
  • Haiwan yang berkeliaran cthnya anjing liar dan lembu
  • Premis makanan yang kotor
  • Pengubahsuaian premis/rumah tanpa kelulusan MDPT.
  • Bencana alam
  • Permohonan Pembinaan Bonggol
  • Permohonan kemudahan awam seperti lampu jalan, tempat beriadah dan sebagainya.

Read more: Kaunter MDPT

  • Hits: 7022

Borang Kegunaan Anggota MDK

jenis borang bil muat turun
BORANG MENGUMPUL CUTI REHAT BAGI CGR 1 Download
BORANG PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD 2 Download
BORANG PERMOHONAN CUTI REHAT YANG TIDAK DAPAT DIHABISKAN UNTUK DIBAWA KE TAHUN 3 Download
BORANG PERMOHONAN KE LUAR NEGARA 4 Download
BORANG PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KERJA SAMBILAN ,BERNIAGA SAMBILAN 5 Download
BORANG PERMOHONAN KURSUS 6 Download
BORANG KEFAHAMAN KURSUS 7 Download
BORANG TEMPAHAN BILIK DAN JAMUAN MAKAN DAN MINUM MESYUARAT 8 Download
BORANG PERMOHONAN UNTUK MENYEWA KENDERAAN 9 Download
BORANG PENGISTIHARAN HARTA 10 Download

Read more: Borang Kegunaan Anggota MDK

  • Hits: 4186

Jabatan/Bahagian/Unit

Read more: Jabatan/Bahagian/Unit

  • Hits: 8192

Hari Kelepasan Am Negeri Perak

Hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2021 adalah ditetapkan seperti berikut :

Hari-Hari Kelepasan Am Negeri

Tahun Baru 2023 1

1 Januari 2023 (Ahad)

Hari Thaipusam 2

5 Febuari 2023 (Ahad)

Hari Nuzul Al-Quran 3

8 April 2023 (Sabtu)

Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 4

3 November 2023 (Jumaat)

Hari-Hari Kelepasan Am Persekutuan

Tahun Baru Cina (2 hari) 1

22 dan 23 Januari 2023 (Ahad - Isnin)

Hari Pekerja 2 1 Mei 2021 (Sabtu)
Hari Raya Puasa (*) (2 hari) 3

22 dan 23 April 2023 (Sabtu - Ahad)

Hari Wesak 4

1 Mei 2023 (Isnin)

Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 5

5 Jun 2023 (Isnin)

Hari Raya Qurban (*) 6

29 Jun 2023 (Khamis)

Awal Muharram (Maal Hijrah) 7

19 Julai 2023 (Rabu)

Hari Kebangsaan 8

31 Ogos 2023 (Khamis)

Hari Malaysia 9

16 September 2023 (Sabtu)

Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W (Maulidur Rasul) 10

28 September 2023 (Khamis)

Hari Deepavali (*) 11

12 November 2023 (Ahad)

Hari Krismas 12

25 Disember 2023 (Isnin)

Catatan :

(*) Tertakluk kepada perubahan"

Peringatan :

1. Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya hari kelepasan am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi hari kelepasan am.
2. Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Read more: Hari Kelepasan Am Negeri Perak

  • Hits: 8310

Sewa Padang Sintetik

Berkuatkuasa 1 Januari 2020

  • Waktu Permainan : 7.00 Pagi - 7.00 Petang (Siang)

    Bil Tempoh Kadar Sewaan Jam/Unit
    1 1 JAM (Minimum Sewaan 2 JAM) RM 400 2 Jam
    2 1 JAM Seterusnya  RM 200 1 Jam
  • Waktu Permainan : 7.00 Malam - 12.00 Malam (Malam)

    Bil Tempoh Kadar Sewaan Jam/Unit
    1 1 JAM (Minimum Sewaan 2 JAM) RM 1220 2 Jam
    2 1 JAM Seterusnya  RM 610 1 Jam

Kadar Sewaan Fasiliti Lain (Mengikut Keperluan Penyewa)

BIL PERKARA KADAR SEWAAN JAM
1 BILIK PERSALINAN 1 RM35.00 1 Jam
2 BILIK PERSALINAN 2 RM35.00 1 Jam
3 BILIK SEKRETERIAT RM10.00 1 Jam
4 BILIK PENGADIL RM10.00 1 Jam
5 BILIK RAWATAN / DOPING RM11.50 1 Jam
6 BILIK VVIP RM75.00 1 Jam

*/PERLAWANAN (2JAM)

DEPOSIT:

Dicadangkan sebanyak RM200.00 bagi satu perlawanan dibayar di Kaunter Bayaran Majlis Daerah Kerian.

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI

  • JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

    MAJLIS DAERAH KERIAN
    NO.1 WISMA MDK
    JALAN PADANG
    34200 PARIT BUNTAR
    PERAK DARUL RIDZUAN

  • TEL : 05-7161228
  • FAX     : 05-7169268

Read more: Sewa Padang Sintetik

  • Hits: 4365

Sewa Dewan Majlis

Kadar Sewaan Dewan Dan Peralatan

(Berkuatkuasa 1 Januari 2020)
perkara jam/unit kadar sewaan
Dewan Merdeka 1 Jam RM 150.00
Dewan Kerian Permai 1 jam RM 200.00
Dewan Serbaguna Batu Lima 1 Jam RM 60.00
Dewan Kompleks Sukan Bagan Serai 1 Jam RM 185.00
Dewan Komuniti Bagan Serai 1 Jam RM 100.00
Dewan Serai Permai Bagan Serai 1 Jam RM 150.00
Dewan Alor Pongsu Bagan Serai 1 jam RM 60.00
Kerusi VIP / Banquet 1 Unit RM 1.00
Longe Chair 1 Unit RM 5.00
Meja kopi 1 Unit RM 2.00
Meja Empat Segi (3x3) 1 Unit RM 3.00
Meja Bulat untuk 8 orang 1 Unit RM 3.00
Meja Panjang (8x4) 1 Unit RM 6.00
Rostrum 1 Unit RM 6.00
Khemah (18x18) 1 Unit RM 70.00
Pokok Bunga 1 Pokok RM 2.00
Bilik VIP (Dewan Merdeka) 1 Jam RM 30.00
MINIMA SEWA UNTUK KENDURI 12 JAM KE ATAS
  • Peralatan hanya disediakan untuk dewan Merdeka dan Komuniti sahaja.
  • Jika berlaku perubahan kadar harga sewa dewan dan peralatan pihak Tuan/Puan perlu mengikut kadar harga yang terkini
Caj Yang Lain :-

Elaun Lebih Masa Pekerja sepanjang jam sewa dewan ( RM 6.50 x Jam )

Perkhidmatan Kebersihan Sebelum Dan selepas RM 200.00 atau Selepas RM 100.00

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
MAJLIS DAERAH KERIAN
NO.1 WISMA MDK JALAN PADANG
34200 PARIT BUNTAR
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL : 05-7161228
FAX : 05-7169268

Untuk Pakej Sewa Dewan Bagi Program/Majlis Perkahwinan Boleh rujuk pengiraan dibawah

Read more: Sewa Dewan Majlis

  • Hits: 7856

Institusi Pengajian Tinggi

BIL NAMA INSTITUSI TELEFON
1. Universiti Teknologi Petronas,
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan.
www.utp.edu.my
05-368 8000
2. Universiti Teknologi Mara,
Kampus Seri Iskandar,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.
www.perak.uitm.edu.my
05-374 2000
3. Kolej Profesional Mara,
KPM Seri Iskandar,
Lot PT No.2635, Bandar Seri Iskandar,
32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.
www.mara.gov.my
05-371 1045
4. Institut Kemahiran Belia Negara,
IKBN Seri Iskandar,
32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.
www.ikbnsi.edu.my
05-3711300
5. Kolej Komuniti Pasir Salak,
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
www.kkpsa.edu.my
05-655 2300
6. Pusat Giat Mara,
Kg. Tok Paduka Raja, 
36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan.
www.giatmara.edu.my
05-631 8000
7. Institut Bina Semangat,
Pengurus Institut Dato Sagor Kg. Gajah,
Jalan Tanjung Tualang, 
36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan.
05-631 1980
8. Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak,
Bandar Seberang Perak,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
www.plfsp.com.my
05-655 1809
9. Pusat Latihan UiTM Perak,
Sg. Galah, 36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
www.uitm.edu.my
05-361 6200

Read more: Institusi Pengajian Tinggi

  • Hits: 5935

Program

Buat masa ini MDK terlibat secara langsung di dalam beberapa program dan komuniti yang aktif di dalam Daerah Kerian. Diantaranya ialah ;
  • Majlis masyarakat Sivil (MMS)
  • Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)
  • Local Agenda 21 (LA21)
  • Komuniti Pekan Buku
  • Persatuan Penjaja Daerah Kerian
  • Persatuan-persatuan perniagaan
  • Town Hall

Read more: Program

  • Hits: 3540

Kaunter Bergerak

Kaunter Bergerak MDK adalah satu inisiatif yang ditawarkan kepada masyarakat. Ia bertujuan bagi memudahkan masyarakat menjelaskan cukai taksiran dan memperbaharui lesen perniagaan. Kaunter Bergerak MDK akan berada di kawasan yang jauh dari MDK. Kaunter Bergerak MDK kebiasaannya akan beroperasi pada bulan Februari setiap tahun.

Read more: Kaunter Bergerak

  • Hits: 3650

Undang-undang Kecil

Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) (Majlis Daerah Kerian) Kerajaan Tempatan 1982 1

03.03.1983

Download
Undang-undang Kecil Pengendalian Makanan (Majlis Daerah Kerian) 1982 2

03.03.1983

Download
Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut Dan Pendandan Rambut (Majlis Daerah Kerian) 1982 3

03.03.1983

Undang-undang Kecil Kebersihan Awam (Majlis Daerah Kerian) 1983 4

12.04.1984

Download
Undang-undang Kecil Bayaran Lesen Untuk Pasar-pasar (Majlis Daerah Kerian) 1984 5

07.06.1984

Download
Undang-undang Kecil Iklan (Majlis Daerah Kerian) 1984 6

21.06.1984

Undang-undang Kecil Taman (Majlis Daerah Kerian) 1984 7

07.06.1984

Download
Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Kerian) 1984 8

01.08.1984

Download
Undang-undang Kecil Haiwan Merayau (Majlis Daerah Kerian) 1984 9

29.08.1984

Download
Undang-undang Kecil Pasar-pasar (Majlis Daerah Kerian) 1984 10

15.08.1984

Undang-undang Kecil Pengawalan dan Pengawasan Tempat-tempat Makan (Majlis Daerah Kerian) 1984 11

15.08.1984

Download
Undang-undang Kecil Penjaja (Majlis Daerah Kerian) 1984 13

15.02.1984

Download
Undang-undang Kecil Pasar Malam/Pasar Sehari (Majlis Daerah Kerian) 1987 14

29.01.1987

Download
Undang-undang Kecil Tandas Awam (Majlis Daerah Kerian) 1991 15

11.04.1991

Download
Undang-undang Kecil Vendalisme (Majlis Daerah Kerian) 1992 16

07.08.1992

Download
Undang-undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (Majlis Daerah Kerian) 2005 17

01.09.2005

Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Kerian) 2004 18

07.10.2004

Download
Undang-undang Kecil Kawalan Dan Penyeliaan Kolam Renang (Majlis Daerah Kerian) 2004 19

07.10.2004

Download
Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MDK) 1998 20

27.08.1998

Download
Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) (MDK) (Pindaan) 1998 21

10.09.1998

Download
Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (Negeri Perak) 1988 22

08.12.1988

Download
Undang-undang Kecil Kerja tanah (Majlis Daerah Kerian) 1991 23

18.07.1991

Download
Undang-undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-kesalahan) (Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak) Jalan, Parit dan Bangunan 2013 24

10.10.2013

Undang-undang Kecil Krematorium (MDK) 2004 25 Download

Read more: Undang-undang Kecil

  • Hits: 5141

Akta

Akta

Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) 1

Akta bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan dan hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia sahaja

Download
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) 2

Akta bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.

Download
Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) 3

Suatu Akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan jalan, parit dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di Semenanjunng Malaysia, dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.

Download

Read more: Akta

  • Hits: 4279

Sewa Harta Majlis

TAWARAN MENGISI KEKOSONGAN HARTA SEWAAN MAJLIS DAERAH KERIAN

BAGI TEMPOH  1 SEPTEMBER 2021 - 15 SEPTEMBER 2021

Perkara bil tarikh tutup
IKLAN KEKOSONGAN HARTA SEWAAN MAJLIS DAERAH KERIAN 1

15 SEPTEMBER 2021

( 4.00 Petang)

Download

Read more: Sewa Harta Majlis

  • Hits: 5131

Permohonan

MDK membantu masyarakat daerah kerian didalam permohonan seperti berikut

  • Permohonan Pindah Milik Perumahan Dearah Kerian

  • Menerima pembayaran cukai taksiran seluruh perak

  • Permohonan Lesen Perniagaan Komposit Daerah Kerian
  • Permohonan Lesen Penjaja Daerah Kerian
  • Permohonan permit memasang banting dan kain sepanduk iklan di Daerah Kerian
  • Permohonan Permit Ubah Suai Rumah dan Bangunan di Daerah Kerian
  • Permohonan Lesen memelihara anjing di Daerah Kerian
  • Permohonan pas bulanan Parkir kenderaan di Daerah Kerian
  • Permohonan Pemajuan Tanah di Daerah Kerian
  • Permohonan menyewa premis perniagaan milik MDK
  • Permohonan memperbaharui lesen perniagaan/penjaja
  • Permohonan penggantian kad penjaja
  • Permohonan membersihkan kawasan dan sewaan amroll
  • Permohonan menebang pokok persendirian
  • Permohonan sewaan dewan dan gelanggang permainan milik MDK

Read more: Permohonan

  • Hits: 6387

Dasar Kualiti

Majlis Daerah Kerian komited untuk menyampaikan perkhidmatan perbandaran dengan cekap dan berkesan bagi memenuhi keperluan pelanggan serta pihak berkepentingan. Penyampaian perkhidmatan akan sentiasa ditambahbaik secara berterusan untuk menjadikan Kerian perbandaran progresif, hijau dan lestari.

Read more: Dasar Kualiti

  • Hits: 1594

Pejabat Pelajaran Daerah

  • Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah

  • Seri Iskandar,32610
    Bandar Baru Seri Iskandar,
    Perak Darul Ridzuan

  • 605-371 1273

  • 605-371 1272

  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Read more: Pejabat Pelajaran Daerah

  • Hits: 6516

Tabika

TABIKA BIL ALAMAT
TABIKA KEMAS TAMAN INDERA BARAT 1

INDERA BARAT, GELUNG PEPUYU

TABIKA KEMAS KG PASIR GAJAH 2

PASIR GAJAH, PARIT

TABIKA KEMAS KG LAYANG-LAYANG KIRI 3

LAYANG-LAYANG KIRI, BOTA

TABIKA KEMAS KG LAMBOR KIRI 4

LAMBOR KIRI, BOTA

TABIKA KEMAS ISKANDAR PERDANA 5

BANDAR SERI ISKANDAR

Read more: Tabika

  • Hits: 5432

Sekolah

BIL NAMA SEKOLAH NO. TELEFON

1

SK Pulau Padang,

Kg. Pulau Padang,

32600 Bota, Perak.

053764044

2

SK Bota Kiri,

Kg. Aji,

32600 Bota, Perak.

053764960

3

SK Serikaya,

Kg. Serikaya,

32800 Bota, Perak.

053890229

4

SK Bakong,

Kg. Kuchai, Lambor Kiri,

32900 Lambor Kanan, Perak.

053761370

5

SK Lambor Kiri,

Lambor Kiri,

32900 Lambor Kanan, Perak.

053765687

6

SK Teluk Kepayang,

Kg. Teluk Kepayang,

32600 Bota, Perak.

053763873

7

SK Bota Kanan,

Jalan Besar Bota Kanan,

32600 Bota Kanan, Perak.

053761588

8

SK Padang Changkat,

Kg. Padang Changkat,

32600 Bota, Perak.

053762176

9

SK Lambor Kanan,

Lambor Kanan,

32900 Lambor Kanan, Perak.

053762571

10

SK Teluk Bakong,

Lambor Kanan,

32600 Lambor Kanan, Perak.

053764731

11

SK Suak Padi,

Kg. Suak Padi,

32600 Bota, Perak.

053890150

12

SK Titi Gantong,

Titi Gantong,

32600 Bota, Perak.

053762689

13

SK Seri Iskandar,

Seri Iskandar,

32600 Bota, Perak.

053711197
14

SK Felcra Nasaruddin,

KM.37 Jalan Tronoh,

32600 Bota, Perak.

053711632

BIL

NAMA & ALAMAT SEKOLAH

NO. TELEFON

1

SMK Sultan Muhammad Shah,
Jalan Padang Bola
32800 Parit, Perak

053771236

2

SMK Sultan Muzaffar Shah 1,
Lambor Kanan,
32900 Lambor Kanan, Perak

053761377

3

SMK Sultan Abdul Jalil Shah,
Bandar Seberang Perak,
36800 Kampung Gajah, Perak

056551942

4

SMK Layang-Layang Kiri,
Layang-Layang Kiri,
36800 Kampung Gajah, Perak

053761125

5

SMK Changkat Lada,
Bandar Seberang Perak
36800 Kampung Gajah, Perak

056651097

6

SMK Lambor Kiri,
Kampung Lambor Kiri
32900 Lambor Kanan, Perak

053761187

7

SMK Sungai Ranggam,
Kota Setia
36000 Teluk Intan, Perak

056224350

8

SMK Seri Iskandar,
Seri Iskandar
32900 Lambor Kanan, Perak

053712892

9

SMK Iskandar Shah,
Jalan Pejabat Pos
32800 Parit, Perak

053771228

10

SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub,
Bota Kanan,
32600 Bota, Perak

053761626

11

SMK Dato’ Seri Maharaja Lela,
Jalan Besar Kg. Gajah
36800 Kampung Gajah, Perak

056311250

12

SM Teknik Seri Iskandar,
Seri Iskandar
32600 Seri Iskandar, Perak

053711370

13

SMKA Sultan Azlan Shah,
Seri Iskandar
32600 Seri Iskandar, Perak

053711689

14

SM Raja Dr. Nazrin Shah,
Jalan Tanjung Tualang
36800 Kampong Gajah

056311646

15

MRSM Pasir Salak,
Km4,  Jalan Tg. Tualang,
36800 Kampong Gajah

056313349

Read more: Sekolah

  • Hits: 9675

Pusat Kemahiran

BIL NAMA INSTITUSI TELEFON
1. Universiti Teknologi Petronas,
Bandar Seri Iskandar,
31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan.
www.utp.edu.my
05-368 8000
2. Universiti Teknologi Mara,
Kampus Seri Iskandar,
32610 Bandar Baru Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.
www.perak.uitm.edu.my
05-374 2000
3. Kolej Profesional Mara,
KPM Seri Iskandar,
Lot PT No.2635, Bandar Seri Iskandar,
32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.
www.mara.gov.my
05-371 1045
4. Institut Kemahiran Belia Negara,
IKBN Seri Iskandar,
32600 Bota, Perak Darul Ridzuan.
www.ikbnsi.edu.my
05-3711300
5. Kolej Komuniti Pasir Salak,
Jalan Lebuh Paduka, Changkat Lada,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
www.kkpsa.edu.my
05-655 2300
6. Pusat Giat Mara,
Kg. Tok Paduka Raja, 
36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan.
www.giatmara.edu.my
05-631 8000
7. Institut Bina Semangat,
Pengurus Institut Dato Sagor Kg. Gajah,
Jalan Tanjung Tualang, 
36800 Kg. Gajah, Perak Darul Ridzuan.
05-631 1980
8. Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak,
Bandar Seberang Perak,
36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan.
www.plfsp.com.my
05-655 1809
9. Pusat Latihan UiTM Perak,
Sg. Galah, 36800 Kampung Gajah,
Perak Darul Ridzuan.
www.uitm.edu.my
05-361 6200
10.

Akademi Pengurusan Masjid (Surau Al Ehsan)

Dataran Bemban 22, Anjung Bemban Maju,31000, Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it./This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

012-3008486

Read more: Pusat Kemahiran

  • Hits: 6151

Masjid

NAMA MASJID BIL ALAMAT
MASJID SULTAN YUSUF IZZUDDIN SHAH 1

DAERAH SERI ISKANDAR

MASJID AN-NUR 2

UTP SERI ISKANDAR

MASJID AS-SIDDIQ 3

BANDAR SERI ISKANDAR

MASJID BANDAR UNIVERSITI 4

BANDAR UNIVERSITI SERI ISKANDAR

MASJID JAMEK 5

PEKAN BOTA KANAN 

MASJID RADHIATUL MARDHIAH 6

PEKAN PARIT 

Read more: Masjid

  • Hits: 6214

Rekreasi

NAMA TAMAN AWAM bil KAWASAN PARLIMEN
TAMAN TASIK ISKANDAR 1

BANDAR SERI ISKANDAR

TAMAN TASIK UTP 2

UNIVERSITI PETRONAS SERI ISKANDAR

Read more: Rekreasi

  • Hits: 5357

Beli-belah

PEKAN SEHARI

Bil

Hari

Masa

Lokasi

Anjuran

1 Isnin 7.00pg-12.00tgh Pekan Parit MDPT
2 Selasa 7.00pg-12.00tgh Pekan Kampong Gajah MDPT
3 Rabu 3.30ptg-7.00mlm Selat Pulau, Kampong Gajah JKKK
4 Khamis -Tiada- -Tiada- -
5 Jumaat -Tiada- -Tiada- -
6 Sabtu 7.00pg-12.00tgh Bota Kanan MDPT
7.00pg-12.00tgh Pasar Tani, Seri Iskandar FAMA
7 Ahad -Tiada- -Tiada- -

Nota :

JKKK – Jawatankuasa Kemajuan Kampung

PASAR TANI

Bil

Hari

Masa

Lokasi

Anjuran

1 Isnin -Tiada- -Tiada- -
2 Selasa -Tiada- -Tiada- -
3 Rabu -Tiada- -Tiada- -
4 Khamis -Tiada- -Tiada- -
5 Jumaat 4.30ptg-9.00mlm Pasar Tani, Kampong Gajah FAMA
6 Sabtu 4.30ptg-9.00mlm Pasar Tani, Parit FAMA
7.00pg-12.00tgh Pasar Tani, Seri Iskandar FAMA
7 Ahad -Tiada- -Tiada- -

Read more: Beli-belah

  • Hits: 13971

Penginapan

  • Lanai Casuarina Cempaka Sari @ Parit.

  • 05-377 1195
  • 05-377 1406

Lanai Casuarina ini menyediakan kemudahan penginapan kepada pelancong yang mengunjungi Bandar Parit, Bota dan Kampung Gajah yang terkenal sebagai pusat pelancongan yang menarik. Ia terletak kira-kira 17km dari Bandar Seri Iskandar, 36km dari Bandaraya Ipoh dan 45km dari Lumut.

Antara kelengkapan yang disediakan untuk penyewa bilik termasuklah:- .

  • Katil/Tilam/Selimut

  • Bilik Berhawa Dingin
  • Televisyen/Peti Sejuk/Pemanas Air
  • Tuala/Sabun/Shampu

Pelbagai program dan kursus amat sesuai dijalankan di Lanai Casuarina ini memandangkan persekitarannya yang dilengkapi dengan Kemudahan Rekreasi dan ia terletak di tebing Sungai Perak. Untuk melihat panorama sekitar Lanai Casuarina Cempaka Sari @ parit.


  • D Mall Hotel Seri Iskandar

  • 05-374 8888


  • Hotel Hamriz Seri Iskandar

  • 05-371 3833


  • Hotel Putra Seri Iskandar

  • 05-3713800


  • Anggun Hotel Seri Iskandar

  • 05-3711764

Read more: Penginapan

  • Hits: 5783

Info Perak Tengah

Perak Tengah terbentuk melalui perubahan pentadbiran kerajaan tempatan. Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil.936 bertarikh 20 November, 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia. Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu :

  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan di Parit

  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.
Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar
  • Kawasan adoption seluas 5978 hektar
  • Kawasan operasi seluas 3330 hektar

Kawasan jajahan Majlis Daerah Perak Tengah

  • Parit

  • Kampung Buluh Akar
  • Tanjung Belanja
  • Bota Kanan
  • Seri Iskandar
  • Titi Gantung
  • Kampung Gajah

Sebelum 1979 , daerah kecil Parit dalam Daerah Kuala Kangsar dan Kampung Gajah dalam Daerah Hilir Perak. Perak Tengah bersempadan dengan Daerah Kuala Kangsar sebelah selatan, Daerah sebelah Timur dan Daerah Manjong sebelah barat. Daerah Perak Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar (1282.05km) persegi yang merangkumi 11 buah mukim. Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir di bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.

Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula Penguasa-penguasa Tempatan seluruh Malaysia.

Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit (LPKT) dan Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar (LLB).

Dengan kenaikan taraf Menjadi Majlis Daerah Perak Tengah, maka kawasan yang tersebut adalah jauh lebih luas iaitu 9308 hektar. kawasan adoption seluas 5978 hektar sementara kawasan operasi seluas 3330 hektar bagi kawasan-kawasan berikut:-

Kawasan bil Keluasan (hektar)
Parit 1

512

Tanjung Belanja 2

84

Buluh Akar 3

32

Bota Kanan 4

250

Titi Gambong 5

688

Seri Iskandar 6

1,430

Kampung Gajah 7

334

Jumlah

3,330

Kenaikan taraf dan pembesaran kawasan ini adalah merupakan satu perkara yang wajar, kerana dengan cara ini saja segala bentuk kemudahan bandar atau ciri-ciri perbandaran dapat diperkenalkan dan dinikmati di peringkat luar bandar.

Pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah juga telah berpindah dari Pekan Parit ke Pusat Pentadbiran Bandar Baru Seri Iskandar pada 14 September 1993. Oleh itu adalah diharapkan pentadbiran ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti.

Read more: Info Perak Tengah

  • Hits: 17080
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 13/11/24 • Jumlah Pelawat : 21286973