Majlis Daerah Perak Tengah secara berkala melaksanakan operasi kawalan anjing terbiar di seluruh kawasan operasi majlis bagi menangani aduan serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Operasi Bersepadu Kawalan Anjing Terbiar telah dilaksanakan pada 29-30 Jun 2026 bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak melibatkan kawasan Parit dan Seri Iskandar.
Hasil operasi tersebut, sebanyak 17 ekor anjing terbiar berjaya ditangkap.
MDPT akan terus melaksanakan aktiviti kawalan dan pemantauan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi membendung masalah anjing terbiar serta mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, bersih dan selesa untuk komuniti.