26 Ogos 2025 - MDPT telah menerima kunjungan daripada peserta fun walk yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKR Perak Tengah. Program ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 68.
Rombongan ini telah disambut oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah bersama Setiausaha MDPT. Pada program ini Jurutera JKR Daerah Perak Tengah telah menyampaikan Jalur Gemilang dan sijil penghargaan kepada Yang Dipertua.
#mdpt
#jalurgemilang
#merdeka
#Malaysiamadanirakyatdisantuni