Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah melaksanakan pemeriksaan lesen tred, perniagaan dan perindustrian di bawah U02 – Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDPT 2017 bagi memastikan pematuhan syarat pelesenan oleh peniaga.
🗓 Tarikh: 5 Februari 2026 (Khamis)
🕝 Masa: 2.30 Petang – 4.30 Petang
📍 Lokasi: Pekan Bota Kanan
MDPT sentiasa komited dalam memastikan aktiviti perniagaan dijalankan secara berlesen, teratur dan mematuhi perundangan sedia ada demi kesejahteraan serta keselamatan komuniti setempat.
⚠️ Peringatan Mesra:
Semua peniaga dinasihatkan supaya memperbaharui lesen perniagaan mengikut tempoh yang ditetapkan dan mendapatkan lesen sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan.
Kerjasama semua pihak amatlah dihargai. 🤝