Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Aktiviti & Program

LAWATAN PANEL PENILAIAN PERTANDINGAN KECERIAAN SEMPENA HARI KEBANGSAAN 2026

26 Ogos 2026 - Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah disenarai pendek untuk menyertai Pertandingan Keceriaan Sempena Hari Kebangsaan Tahun 2026 telah menerima kunjungan Panel Penilaian bagi sesi penilaian pertandingan.
Ketibaan panel penilai telah disambut oleh Tuan Setiausaha MDPT sebelum panel dibawa meninjau sekitar kawasan Kompleks MDPT bagi melihat dan menilai aspek keceriaan, kebersihan, susun atur serta elemen patriotik yang diketengahkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MDPT dalam memastikan persekitaran tempat kerja sentiasa ceria, bersih, kemas dan kondusif, di samping menyemarakkan semangat patriotisme serta kecintaan terhadap negara.
Semoga usaha dan komitmen seluruh warga MDPT membuahkan hasil serta membanggakan!
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026!
Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka!

Hiasan Merdeka

Hiasan Merdeka 0

Hiasan Merdeka 1

Hiasan Merdeka 2

Hiasan Merdeka 3

Hiasan Merdeka 4

Hiasan Merdeka 5

Hiasan Merdeka 6

Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 28/08/26 • Jumlah Pelawat : 21287068