22 Mac 2024 - Majlis Angkat Sumpah penerima jawatan Ahli Majlis, Majlis Daerah Perak Tengah sesi 2024-2026 telah diadakan di Pejabat SPRM Negeri Perak. Seramai 13 orang telah mengangkat sumpah disaksikan oleh YB Tuan Khairuddin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia & Sukan Negeri Perak, Tuan Ahmad Sabri bin Mohamed, Pengarah SPRM Perak dan Tuan Mohd Zaki bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah.