8 November 2024 - MDPT telah melancarkan aplikasi VL Jejak di Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Seri Iskandar. Aplikasi ini merupakan sistem pemantauan dan aduan berkaitan perkhidmatan kutipan sisa pepejal.
VL Jejak adalah inovasi sistem pengurusan sisa pepejal bersepadu berasaskan masa nyata dan pintar yang dibangunkan untuk mengautomasikan proses penjejakan, pemantauan dan merekod kualiti kerja dalam perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan kawasan. Sestem ini membolehkan pengguna membuat aduan secara terus.
Majlis Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Yang Dipertua MDPT. Turut hadir sama Tuan Setiausaha MDPT. Sebelum itu, satu taklimat berkaitan penggunaan aplikasi ini telah diberikan oleh Dr Muhamad Firdaus Akhbar kepada Pengerusi KRT dan Pengerusi Jawatankuasa Penduduk sebelum ianya dilancarkan sepenuhnya pada Disember 2024.