Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) telah menerima Pengiktirafan Lima (5) Diamond menerusi rakan kongsi Rendah Karbon iaitu Kompleks Bangunan Majlis Daerah Perak Tengah (Kategori Tenaga).
Kejayaan ini adalah hasil komitmen berterusan MDPT dalam usaha kelestarian apabila Kompleks Bangunan Majlis Daerah Perak Tengah berjaya mengurangkan pelepasan Gas Rumah Kaca sebanyak 49.46% sejak tahun 2019, bersamaan dengan 99.73 tCO2eq.
Pengiktirafan ini telah disampaikan sempena Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2025 oleh
YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup,
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, bertempat di Hilton, Kuala Lumpur.
Pengiktirafan ini membuktikan komitmen MDPT dalam menyokong agenda pembangunan mampan serta usaha berterusan ke arah persekitaran yang lebih hijau dan rendah karbon.
#MDPT
#BandarRendahKarbon
#KelestarianAlam
#5Diamond
#PerakTengahMaju