20 Mac 2025 - Program memasak bubur lambuk KKSDR telah diadakan pada hari ini. Program yang diadakan secara gotong royong ini merupakan aktiviti tahunan kelab sempena bulan Ramadan yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dikalangan kakitangan. Program ini bermula jam 8.00 pagi.
Lebih kurang 350 pax Bubur Lambuk diagihkan kepada warga MDPT serta Jabatan/Agensi sekitar Seri Iskandar. Terima kasih kepada semua yg menyumbang tenaga serta sokongan. Semoga segala usaha dan sumbangan yg diberikan mendapat ganjaran dan keberkatan.
#MDPT
#MalaysiaMADANI
#puasa2025