Program Pembersihan Mega Serentak di seluruh Malaysia bersempena World Cleanup Day 2024 pada 28 September 2024 (Sabtu) bertempat di Medan Selera SWC SIBC telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Perak Tengah Puan Zairina binti Noordin. Program ini disambut baik oleh Semua Ahli Majlis dan Warga Kerja Majlis Daerah Perak Tengah. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta komuniti setempat telah turut serta dalam menjayakan program ini.