🌱 Sisa makanan bukan lagi pengakhiran, tetapi permulaan kepada sumber baru yang bernilai.
7 Julai 2026 – Pusat Bioremediasi Black Soldier Fly (PBBSF), Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) terus menjadi tumpuan institusi pengajian tinggi apabila menerima lawatan kerja akademik daripada delegasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Dr. Fazhana Ismail dari Jabatan Sains Pertanian, Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV).
Lawatan ini memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar melihat sendiri bagaimana sisa makanan diurus menggunakan teknologi Black Soldier Fly (BSF) sebelum ditukar kepada produk bernilai seperti larva dan baja organik Frass. Delegasi turut berkongsi hasrat untuk membangunkan projek BSF di UPSI sebagai platform pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan teknologi.
Sebagai Koridor Pembangunan TVET Negeri Perak, MDPT sentiasa mengalu-alukan kolaboratif bersama institusi pendidikan dalam memperkukuh pembangunan modal insan, penyelidikan dan inovasi ke arah pengurusan sisa makanan yang lebih lestari.
#mdptXkebunrahsia
#UPSI
#blacksoldierflyBSF
#ekonomikitaran
#wilayahpembangunanTVETNegeriPerak
#peraksejahtera2030 Lihat Sedikit