Soalan Lazim Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Cukai Taksiran / Cukai Pintu
- Cukai taksiran juga dikenali sebagai cukai pintu adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.
- Semua harta/ pegangan yang berada di kawasan pentadbiran Majlis seperti bangunan kediaman, bagunan industri, bangunan komersial, tanah pertanian serta tanah lot kosong yang tiada pembangunan yang mempunyai hakmilik/ geran akan dikenakan cukai taksiran.
- Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk membiayai perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti kos penyelenggaraan bandar, membina atau menyelenggara taman rekreasi, pemotongan rumput, membayar bil lampu jalan dan sebagainya untuk kesejahteraan masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis.
- Cukai tanah yang dikenakan ke atas setiap tanah menurut Kanun Tanah Negara 1965 adalah berdasarkan kepada hakmilik yang dilupuskan oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara 1965. Manakala Cukai Taksiran yang dikenakan oleh MDPT adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
- Pemilik hanya perlu datang ke Pejabat MDPT, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta untuk mendapatkan bil tuan / puan. Bawa maklumat-maklumat seperti bil lama, nombor akaun atau alamat rumah.
- Menyemak di pejabat Majlis Perbandaran Manjung samada hartanah anda sudah dikenakan cukai taksiran.
- Membayar cukai taksiran pada masa ditetapkan.
- Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat surat menyurat.
- Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada
- Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik
- Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang cukai pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
- Memberitahu Majlis jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
- Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika ingin memohon pengurangan cukai pintu atas sebab bangunan anda tidak diduduki.
- Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila harta/ pegangan diperiksa untuk tujuan cukai taksiran.
- Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.
- Mengambil bil cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil cukai pintu)
- Adalah penting bagi pembayar cukai taksiran membayar cukai sebelum tarikh akhir pembayaran.
- Anda boleh mengemukakan bil kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas. Anda boleh melindungi harta anda dengan membayar sewa kepada Majlis sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan Seksyen 151(6) Akta 171 Kerajaan Tempatan melindungi anda!
Perbezaan nilai cukai taksiran adalah disebabkan oleh:-
- Jenis bangunan
- Keluasan lantai
- Bahan-bahan pembinaan
- Kegunaan hartanah
- Apabila pemilik menerima Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian, pemilik diberi hak untuk membantah nilaian yang telah ditetapkan ke atas pegangan tersebut dalam tempoh masa yang dicatat dalam notis. Pemilik boleh mengemukakan bantahan secara bertulis kepada Majlis dan setiap bantahan yang layak akan didengari oleh Majlis melalui Mesyuarat JawatanKuasa Kecil Bantahan Nilaian Harta. Bantahan boleh dibuat atas alasan - alasan berikut sahaja:
- Harta anda dinilai lebih daripada kadar sepatutnya
- Harta anda tidak boleh dikenakan kadar
- Harta anda tertinggal dan tidak dinilai
- Harta anda dinilai kurang dari kadar sepatutnya
Harta anda dinilai secara berasingan /bersesama yang sepatutnya dinilai secara lain
- Anda hendaklah memberi notis kepada pihak Majlis jika bangunan anda kosong dan tidak didiami. Anda akan layak untuk diberi rebat jika segala syarat dalam Peraturan 5 dan 6 yang terkandung dalam Peraturan (Kadaran) Pihak Berkuasa Tempatan 1997 dipenuhi.
- Semak dulu dengan Majlis untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah / tanah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal di kemudian hari, Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua kadar (tunggakan) adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu cukai taksiran yang telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.
Beritahu kepada Majlis dengan mengisi Borang 1 / Borang J dan yang berkenaan dalam tempoh tiga bulan selepas pindah milik dilakukan. Jika gagal Pihak Majlis boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 160(6) Akta 171.
- Majlis akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Dengan itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis, Jabatan Penilaian untuk membincangkan perkara itu dengan pengawai-pengawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai cukai taksiran.
Jika pemilik harta/ pegangan tidak membayar selepas tempoh yang telah ditetapkan iaitu selepas 28 Februari dan 31 Ogos, Notis (Borang E) akan dikeluarkan kepada anda.Anda dikehendaki menjelaskan semua tunggakan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis dan denda seperti berikut akan dikenakan:
Kadar Bayaran Notis (Borang E) adalah seperti berikut ;
|
Jumlah Tunggakan |
Bayaran Notis |
|
(a) Amaun tunggakan kurang RM 200 |
RM20.00 |
|
(b) Amaun tunggakan melebihi RM200 |
RM 30.00 |
- Untuk menuntut sesuatu tunggakan, Majlis boleh mengeluarkan suatu Waran tahanan (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik harta) dan boleh mensita menurut waran itu apa-apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya. (Bahagian XV, S 147 (i) Akta 171).
Kos tahanan (Borang F) yang dikenakan adalah seperti berikut ;
|
Jumlah Tunggakan |
Kos Tahanan |
|
(a) Amaun tunggakan kurang RM 1000 |
RM 150.00 |
|
(b) Amaun tunggakan melebihi RM 1000 |
RM 300.00 |
Tempoh bayaran bagi bil cukai taksiran adalah seperti berikut:
- Penggal Pertama (Setengah Tahun Pertama) - 1 Januari hingga 28 Februari
- Penggal Kedua (Setengah Tahun Kedua) - 1 Julai hingga 31 Ogos
Para pelanggan boleh membuat bayaran bil cukai taksiran menerusi saluran berikut:
1) Maybank2u www.maybank2u.com.my
2) Bank Islam www.bankislam.com.my
3) BSN www.bsn.com.my
4) Pos Online www.posonline.com.my
5) Ambank https://ambank.amonline.com.my
6) Bank Rakyat www.irakyat.com.my
7) Bank Cimb www.cimbclicks.com.my
8) Bank Muamalat www.i-muamalat.com.my
9) Public Bank www.pbebank.com
10) Pejabat-pejabat Pos
12) Kaunter Kutipan Bergerak MDPT
13) Kaunter Bayaran Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Perak
(perlu disertakan bil semasa pembayaran)
Sewa Gerai
- Pemohon perlu mendapatkan Borang Permohonan Gerai / Bazar/ Medan Selera di Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, Pemohon perlu membawa bersama salinan pengenalan dan sekeping gambar ukuran pasport. Pihak MDPT akan mengadakan temuduga berdasarkan permohonan dan kekosongan gerai MDPT.
- Sila Rujuk Pemohonan Medan Selera/ Bazar/ Pasar/ Jabatan Penilaian & Pengurusan.
- Pihak MDPT akan memaklumkan keputusan temuduga tersebut dalam tempoh 14 hari bekerja selapas tarikh temuduga melalui telefon bersama surat tawaran yang akan dikeluarkan.

