Bagaimana Cara Jika Ingin Membuat Pengubahsuaian Rumah?
- Pemilik rumah perlu melantik Arkitek/ Pelukis Pelan Berdaftar dan Jurutera Struktur ( bagi bangunan melebihi satu tingkat dan kerja-kerja melibatkan struktur konkrit tetulang ) untuk pengemukaan pelan bangunan dan pelan struktur. Pastikan melantik Pelukis Pelan Bangunan yang telah berdaftar dengan lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
- Mendapatkan Borang Permohonan kelulusan Tambahan dan Ubahsuai Rumah Kediaman di kaunter Unit Bangunan MDPT, sebelum pengemukaan pelan bangunan dan struktur.
- Mengemukakan pelan permohonan tambahan dan ubahsuai atau melalui Buku Panduan tambahan dan Ubahsuai untuk kelulusan berserta dengan dokumen yang berkaitan (rujuk keperluan am di Borang Permohonan Kelulusan Tambahan dan Ubahsuai)dan pastikan setiap helaian pelan ditandatangani oleh Arkitek/ Pelukis Pelan Berdaftar dan juga pemilik.
- Menjelaskan bayaran proses pelan dan fi peralatan kebersihan serta menjelaskan bayaran permit meletakkan bahan binaan di tempat awam.
- Menjelaskan bayaran tong sampah (RORO) dan pastikan menggunakan tong sampah ( RORO ) yang dihantar oleh MDPT.
Bagaimana Cara Untuk Mengajukan / Mengusul Atau Menghantar (Submit) Permohonan Baru Untuk Kelulusan Pelan Bangunan?
- Pemohon perlu melantik Arkitek / Pelukis Pelan Bangunan Berdaftar dan Jurutera Struktur untuk pengemukaan pelan bangunan baru dan pelan struktur. Pastikan melantik Pelukis Pelan Bangunan yang telah berdaftar dengan LembagaArkitek Malaysia ( LAM ).
- Mendapatkan Borang Senarai Semak Permohonan melalui OSC di MDPT.
- Mengemukakan permohonan pelan bangunan berserta surat permohonan, Borang A, Pelan Bangunan dan lain-lain dokumen yang berkenaan. Pastikan pelan-pelan yang dikemukakan telah ditandatangani oleh Arkitek, Jurutera Perunding (Pelan Struktur) dan Pemilik / Pemaju ke kaunter OSC dengan menggunakan senarai semak tersebut.
- Menjelaskan bil bayaran proses pelan (mengikut Jadua Pertama- Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ) semasa pengemukaan di buat.
- Ulasan akan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh 14 hari berkerja dari tarikh penerimaan permohonan.
Bagaimana Proses Pengeluaran Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC)?
- Arkitek perlu mengemukakan Borang B, G1-G2 dan Borang F di kaunter Bahagian OSC,.
- Membuat lawatan pemeriksaan tapak dan mendapatkan sokongan dari Jabatan Teknikal Dalaman (Jabatan Perancang, Bangunan, Kejuruteraan, Bahagian Lanskap, Jabatan Perkhidmatan dan Perbandaran ) dan jabatan teknikal luaran ( IWK/JPP, TNB, JPS, JBPM-Bomba, JKR, TM dan JKKP-DOSH serta lain-lain agensi yang berkaitan