Portal Rasmi Majlis Daerah Perak Tengah

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Aduan dan Maklum Balas
Peta Laman

Unit Perhubungan Awam Dan Hal Ehwal Komuniti

Aduan


Apakah Kriteria Aduan Yang Akan Diambil Tindakan?

Aduan yang akan diambil tindakan adalah aduan yang memenuhi kriteria berikut :

  • Mempunyai maklumat nama dan alamat pengadu, alamat aduan, nombor telefon pengadu (jika ada), fakta yang jelas dan tarikh.
  • Aduan berkaitan kawasan operasi MDPT
  • Aduan berkaitan kakitangan dan jabatan MDPT
  • Aduan berasas

Apakah Saluran Yang Boleh Digunakan Untuk Membuat Aduan?

Saluran aduan yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

  • Telefon (05-3712014)

  • Datang Sendiri

  • Surat

  • MySMS. Caranya Taip [MDPT ADUAN aduan anda] dan hantar ke 15888

  • Laman Web MDPT (fms.mdpt.gov.my)

  • E-mail (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

  • Faks (05-3712089)

Tempahan Kemudahan Dewan


Apakah Prosedur Bagi Tempahan Penggunaan Sesuatu Majlis Di Dewan Mdpt?
  • Pihak tuan/puan perlu menghadirkan diri ke Pejabat MDPT bagi menyemak tarikh yang dikehendaki samaada masih kekosongan atau telah ditempah. Pada masa yang sama pihak tuan boleh mendapatkan Borang Tempahan Kelulusan serta-merta sekiranya tiada sebarang tempahan.
Apakah Jenis Bayaran-Bayaran Yang Perlu Dijelaskan Bagi Tempahan Penggunaan Sesuatu Majlis Di Dewan Mdpt ?

Terdapat 3 jenis bayaran yang perlu dijelaskan iaitu :

Cagaran sewa dewan

RM200.00

Sewa dewan

RM1,000.00  (Seri Iskandar)

RM800.00 (Kampong Gajah)

RM600.00 (Parit)

 

Caj Sampah 

RM60.00

 

Bilakah Saya Boleh Menuntut Wang Cagaran Sewa Dewan?
  • Pihak tuan boleh membuat tuntutan wang cagaran tersebut kepada majlis selepas tarikh penggunaan dengan mengisi Borang Tuntutan di kaunter lobi mdpt pada waktu pejabat.
Berapa Lamakah Tempoh Proses Bagi Tuntutan Pemulangan Cagaran Sewa Dewan ?
  • Tempoh proses bagi tuntutan pemulangan cagaran sewa dewan adalah tempoh 2 minggu bekerja dengan syarat permohonan adalah lengkap.
Adakah Wang Cagaran Saya Akan Dikembalikan Sepenuhnya?

Pihak Majlis akan mengembalikan wang cagaran sewa dewan sepenuhnya kepada penyewa sekiranya penyewa mematuhi peraturan dan syarat-syarat penggunaan dewan seperti :

  • Kebersihan semasa dan selepas penggunaan adalah memuaskan  pihak mdpt.
  • Tiada sebarang kerosakan yang dibuat dalam tempoh masa penyewaan tersebut.
Jika Saya Ingin Membatalkan Tempahan Sewa Dewan Adakah Cagaran Sewa Dewan Saya Akan Dipulangkan?
  • Setiap pembatalan tempahan sewa dewan hendaklah dimaklumkan kepada Pihak MDPT secara bertulis selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh penggunaan dan cagaran sewa dewan akan dipulangkan. Sekiranya pembatalan tersebut dimaklumkan dalam tempoh kurang 30 hari tersebut, cagaran sewa dewan tersebut TIDAK akan dipulangkan.
Bagaimana Cara Jika Saya Ingin Membuat Tempahan Gelanggang Badminton Di Dewan Mdpt?
  • Pemohon boleh membuat tempahan penggunaan gelanggang badminton melalui telefon atau datang sendiri ke Pejabat MDPT dan kelulusan tempahan adalah serta merta. Kadar sewa bagi penyewaan gelanggang badminton adalah sebanyak RM6.00/jam untuk waktu siang dan RM8.00 untuk waktu malam bagi setiap gelanggang.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Majlis Daerah Perak Tengah . Kemaskini : 28/06/24 • Jumlah Pelawat : 21286949