24 April 2025 (Khamis) - Majlis Bacaan Yassin dan Perhimpunan Anggota Majlis Daerah Perak Tengah Bil.4/2025 telah diadakan di Bilik Seminar, Dewan Serbaguna Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.
Tuan Setiausaha bagi pihak Yang Dipertua, Majlis Daerah Perak Tengah menyampaikan amanat seterusnya melancarkan bulan Mei sebagai Bulan Inovasi Peringkat Majlis Daerah Perak Tengah. Majlis turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Deko-Deko Raya, anjuran Kelab Kebajikan, Sosial dan Rekreasi, MDPT. Majlis juga turut menyampaikan hadiah hari lahir kepada kakitangan yang lahir pada bulan April dan majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan Febuari dan Mac 2025. Program ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Perak Tengah.