21 Mac 2025 - Program Santunan Ramadan 1446H/2025 oleh Yayasan Amal Asas bersama Kelab Kebajikan Sosial dan Rekreasi (KKSDR) MDPT telah diadakan di Bilik Seminar Dewan Serbaguna Seri Iskandar. Yayasan Amal Asas Negeri Perak telah diwakil oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Ghazali Bin Jalal, Yang Berbahagia Dato Abdul Halim Bin Ahmad dan Yang berusaha Tuan Haji Mad Isa Ramli.
Pada majlis ini pihak Yayasan Amal Asas telah menyampaikan sumbangan duit raya dan keperluan harian kepada 71 orang kakitangan MDPT. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi manfaat dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sedikit bebanan warga kerja MDPT dalam menjalani ibadah berpuasa serta persiapan menyambut Aidilfitiri yang akan kita raikan tidak lama lagi.
#MDPT
#Puasa2025
#Yayasanamalasas
#raya2025